Create your own banner at mybannermaker.com!

Friday, September 13, 2013

Pembersih muka berbuih yang menyegarkan

ECLAIRE Cellnergic Refreshing Facial Foaming Cleanser:  
Pembersih muka berbuih lembut yang diformulasi dengan Hydrolyzed Atlantic Fish Collagen yang berkualiti tinggi, eksrak botanikal, antioksida semulajadi Vitamin E Tocotrienol yang poten dan minyak pokok teh atau Tea Tree membantu membersihkan kekotoran dari kulit dengan sempurna disamping membekalkan nutrien penting, mencerahkan dan memberikan kelembapan pada kulit.
Ekstrak Licorice @ Liquorice @ Glycyrrhiza Glabra mengandungi komponen antioksida dan anti keradangan seperti glycosides-glycyrrhizin dan asid glycyrrizinic, flavonoid dan saponin. Ekstrak Licorice juga membantu mencerahkan kulit anda secara semulajadi. Glabridin di dalam Licorice menghalang pembentukan melanin dengan menghalang aktiviti tyrosinase.

Oleh itu, Ekstrak Licorice dapat melindungi kulit dari kesan buruk radikal bebas, mengurangkan bintik hitam, pigmentasi, mengurangkan atau melegakan keradangan kulit dan mencerahkan kulit secara semulajadi. 

Minyak Pokok Teh @ Tea Tree @ Melaleuca Alternifolia mengandungi Terpinen-4-ol bertindak sebagai antiseptik semulajadi membantu merawat wajah anda dan membantu mengurangkan jerawat. Komponen utama  Terpinen-4-ol adalah aktif menentang bakteria dan fungus merbahaya tetapi mengekalkan microorganisma semulajadi kulit.

Selain daripada Terpinen-4-ol, Minyak Tea Tree juga mengandungi alpha- dan gamma-terpinene,1,8-cineole, alpha-terpinolene, alpha-terpineol, alpha-pinene dan p-cymene.

Minyak Tea Tree juga didapati dapat menghalang pertumbuhan kulat Candida Albican pada kulit.
Antara kebaikan peptide marin kolagen:
  • meresap dengan mudah ke dalam kulit
  • membekalkan amino asid yang diperlukan untuk sel kulit berfungsi dengan sempurna
  • membantu melambatkan proses penuaan dan membantu mengembalikan keremajaan kulit
  • membantu menjadikan kulit kelihatan sentiasa lembab
  • membantu melicinkan dan menegangkan kulit, menjadikan kulit kelihatan lebih gebu, awet muda, segar, sihat dan bersinar.

Antara kebaikan vitamin E semulajadi (Tocotrienols):

  • fungsi antioksida yang poten iaitu 60 kali lebih poten daripada Vitamin E jenis Tocopherol
  • membantu meningkatkan kelembapan kulit dengan mengurangkan kehilangan air daripada kulit
  • membantu melindungi kulit daripada kesan penuaan dan kesan kerosakan daripada cahaya Ultra Violet (UV) yang disebabkan oleh pendedahan yang berterusan daripada cahaya matahari
  • melindungi kulit daripada kesan buruk radikal bebas
  • mengurangkan pembentukan radikal bebas di kulit
  • membantu dalam penyembuhan dan pembaikian kulit dan dalam pembaikan luka
  • memudarkan kesan parut dan kesan regangan (stretch marks) 
  • membant mengurangkan kekedutan dan garis-garis halus di kulit
  • membantu mengurangkan pigmentasi kulit
Dengan penggunaan harian Pembersih Muka Berbuih ECLAIRE Cellnergic Yang Menyegarkan, kulit anda akan menjadi lebih cerah, segar, sihat, berseri, licin, lembut dan awet muda!