Create your own banner at mybannermaker.com!

Friday, September 13, 2013

Kekal segar dengan Penyegar muka ÉCLAIRÉ Cellnergic

ÉCLAIRÉ Cellnergic Renewal Facial Toner:

Penyegar muka @ Toner ECLAIRE Cellnergic ini diformulasikan dengan begitu sempurna untuk melegakan, menyegarkan, mengecilkan pori-pori kulit, menanggalkan sisa-sisa kekotoran yang masih tertinggal semasa mencuci muka, merawat kulit di samping membekalkan nutrien penting untuk kesihatan kulit. Ianya dapat mengelakkan kehilangan kelembapan dari kulit dan dapat mengekalkan kelembapan di permukaan atas kulit. Kulit tampak lebih segar, tegang dan awet muda.


Diformulasi dengan Ekstrak Mentimun atau Cucumis Sativus untuk melegakan, menyegarkan dan memulihkan kulit. Mentimun kaya dengan vitamin terutamanya antioksida vitamin A, C dan E. Antioksida di dalam mentimun membantu mengurangkan kesan buruk dari radikal bebas. Vitamin C membantu membantu meningkatkan fiber kolagen pada lapisan dermis, mengurangkan garis halus, kedutan dan parut. Dengan peningkatan kolagen, keadaan hidrasi di dermis dipertingkatkan. Mentimun membantu melembapkan kulit.  Mentimun juga dapat menyegarkan, membantu melegakan dan merawat iritasi kulit.  Cucurbitacin D dan 23, 24-dihydrocucurbitacin D yang terkandung di dalam ekstrak mentimun juga boleh menghalang tyrosinase dan pembentukan melanin.


Lidah Buaya atau Aloe Vera atau Aloe Barbadensis mengandungi 75 komponen aktif iaitu vitamin, enzim, bahan mineral (kalsium kromium, copper, selenium, magnesium, manganese, potasium, sodium dan zinc), gula (monosaccharides (glukos dan fruktos) dan polysaccharides: (glucomannans/polymannose)), lignin, saponin, asid salisilik dan asid amino. Aloe Vera mengandungi antioksida Vitamin A (Beta Carotene), C, E dan Selenium. Ianya juga mengandungi Vitamin B12, asid folik dan choline. Enzim Bradykinase yang terkandung di dalam Aloe Vera membantu mengurangkan keradangan apabila disapu pada kulit. Aloe Vera juga mengandungi alprogen (glycoprotein yang berfungsi sebagai anti alergi) dan C-glucosyl chromone (anti keradangan). Aloin dan emodin yang terkandung di dalam Aloe Vera pula berfungsi sebagai anti bakteria. Asid lemak seperti campesterol, β-sisosterol dan lupeol juga mempunyai fungsi anti keradangan. Lupeol pula mempunyai fungsi antiseptik dan analgesik. Auxin dan gibberellin yang terkandung di dalam Aoe Vera dapat membantu menyembuhkan luka dan juga mempunyai fungsi anti keradangan. Aloe Vera adalah sangat penting kerana ianya membekalkan kebanyakan asid amino yang sangat diperlukan.
 
Panthenol juga dikenali sebagai provitamin of vitamin B5.  Ia dapat membekalkan nutrien kepada sel kulit dan mempertingkatkan sel rejuvenasi. Ia membantu mengurangkan kekedutan dan penuaan kulit. Panthenol dapat meresap ke dalam kulit dengan mudah, mengekalkan kelembapan kulit selepas pencucian dan mempertingkatkan keadaan kulit.  Kekurangan panthenol memberi kesan negatif pada kulit: pengurangan penegangan, proses penuaan dipercepatkan dan menyebabkan kekedutan.
Panthenol
Peningkatan usia boleh menurunkan kadar kelembapan kulit yang akan menyebabkan kekurangan penegangan kulit dan kesan penuaan akan kelihatan. Asid Hyaluronik memainkan peranan yang penting untuk kesihatan kulit dengan keupayaan uniknya untuk mengekalkan kelembapan kulit. Asid Hyaluronik amat penting untuk pembaikian dan perlindungan tisu kulit. Ia mempertingkatkan sintesis kolagen, keanjalan dan kelembapan kulit. Kulit kelihatan lebih muda. Asid Hyaluronik melindungi kulit dari cahaya UVB. Asid Hyaluronik juga dapat membantu penyerapan Vitamin C.
ÉCLAIRÉ Cellnergic memanfaatkan kesan kebaikan bersama peptide kolagen marin (ikan) dan Tocotrienol, sejenis antioksida Vitamin E yang poten.

Antara kebaikan peptide marin kolagen:

  • meresap dengan mudah ke dalam kulit
  • membekalkan amino asid yang diperlukan untuk sel kulit berfungsi dengan sempurna
  • membantu melambatkan proses penuaan dan membantu mengembalikan keremajaan kulit
  • membantu menjadikan kulit kelihatan sentiasa lembab
  • membantu melicinkan dan menegangkan kulit, menjadikan kulit kelihatan lebih gebu, awet muda, segar, sihat dan bersinar.

Antara kebaikan vitamin E semulajadi (Tocotrienols):

  • fungsi antioksida yang poten iaitu 60 kali lebih poten daripada Vitamin E jenis Tocopherol
  • membantu meningkatkan kelembapan kulit dengan mengurangkan kehilangan air daripada kulit
  • membantu melindungi kulit daripada kesan penuaan dan kesan kerosakan daripada cahaya Ultra Violet (UV) yang disebabkan oleh pendedahan yang berterusan daripada cahaya matahari
  • melindungi kulit daripada kesan buruk radikal bebas
  • mengurangkan pembentukan radikal bebas di kulit
  • membantu dalam penyembuhan dan pembaikian kulit dan dalam pembaikan luka
  • memudarkan kesan parut dan kesan regangan (stretch marks)
  • mebantu megurangkan kekedutan dan garis-garis halus di kulit
  • membantu mengurangkan pigmentasi kulit