Create your own banner at mybannermaker.com!

Saturday, October 12, 2013

Krim Muka Siang ÉCLAIRÉ Cellnergic Active Youth Perfection Day Cream with SPF

ÉCLAIRÉ Cellnergic Active Youth Perfection Day Cream with SPF

Krim muka siang yang mengandungi SPF melindungi kulit dari kesan panas terik cahaya matahari serta mengekalkan kandungan kelembapan kulit. Diformulasikan dengan  antioksida vitamin E semulajadi Tocotrienol yang poten, Hydrolyzed Atlantic Fish Collagen yang berkualiti tinggi dan ekstrak pokok lidah buaya @ aloe vera, memberikan nutrisi dan mengurangkan kesan penuaan pramatang.

Krim muka siang ini membantu memudarkan garis-garis halus, kekedutan, parut, pigmentasi, bintik hitam dan menganjalkan kulit di samping melindungi kulit dari kesan merbahaya dan kesan kerosakan radikal bebas dan cahaya UV atau kesan panas terik cahaya matahari.  
Kulit kelihatan lembut, tona sekata dan lebih sihat bersinar.


Antara kebaikan peptide marin kolagen:
  • meresap dengan mudah ke dalam kulit
  • membekalkan amino asid yang diperlukan untuk sel kulit berfungsi dengan sempurna
  • membantu melambatkan proses penuaan dan membantu mengembalikan keremajaan kulit
  • membantu menjadikan kulit kelihatan sentiasa lembab
  • membantu melicinkan dan menegangkan kulit, menjadikan kulit kelihatan lebih gebu, awet muda, segar, sihat dan bersinar.

Antara kebaikan vitamin E semulajadi (Tocotrienols):

  • fungsi antioksida yang poten iaitu 60 kali lebih poten daripada Vitamin E jenis Tocopherol
  • membantu meningkatkan kelembapan kulit dengan mengurangkan kehilangan air daripada kulit
  • membantu melindungi kulit daripada kesan penuaan dan kesan kerosakan daripada cahaya Ultra Violet (UV) yang disebabkan oleh pendedahan yang berterusan daripada cahaya matahari
  • melindungi kulit daripada kesan buruk radikal bebas
  • mengurangkan pembentukan radikal bebas di kulit
  • membantu dalam penyembuhan dan pembaikian kulit dan dalam pembaikan luka
  • memudarkan kesan parut dan kesan regangan (stretch marks)
  • membantu mengurangkan kekedutan dan garis-garis halus di kulit
  • membantu mengurangkan pigmentasi kulit